Jean-Jacques Dessalines

Jacques I
Maharaja Jacques I dari Haiti
Potret Dessalines
Pemerintahan2 September 1804 – 17 Oktober 1806
Kemahkotaan8 Oktober 1804
Didahului olehTertubuhnya empayar
Diikuti olehPembubaran empayar
Henri Christophe (sebagai Presiden Haiti Utara)
Alexandre Pétion (sebagai Presiden Haiti Selatan)
Keputeraan20 September 1758 (1758-09-20)
Guinea
Kemangkatan17 Oktober 1806(1806-10-17) (umur 48)
Pont Rouge, berdekatan Port-au-Prince, Haiti
PasanganMarie-Claire Heureuse Félicité
Nama penuh
Jean-Jacques Dessalines

Jean-Jacques Dessalines (Sebutan bahasa Perancis: [ʒɑ̃ ʒak dɛs.salin]; 20 September 1758 – 17 Oktober 1806) adalah pemimpin Revolusi Haiti dan pemimpin pertama negara Haiti yang merdeka di bawah naungan perlembagaan negara tersebut pada tahun 1801, lalu dianggap sebagai pengasas negara Haiti.. Beliau pada awalnya bertindak sebagai gabenor jenderal, namun kemudian mengisytiharkan dirinya Maharaja Jacques I dari Haiti (1804–1806).

Dessalines pernah menjadi perwira dalam Angkatan Tentera Perancis semasa percubaan koloni Saint-Domingue mengusir serangan Sepanyol dan Britain. Beliau kemudiannya diangkat menjadi komandan dalam pemberontakan melawan Perancis. Sebagai leftenan utama Toussaint Louverture, ia berhasil memenangkan banyak pertempuran, seperti Pertempuran Crête-à-Pierrot.