"Je Ne Sais Pas Pourquoi" (Bahasa Inggeris: I Don't Know Why) merupakan lagu yang dihasilkan oleh sekumpulan produksi British Stock Aitken and Waterman untuk album pertama Kylie Minogue, Kylie (1988). Ia diterbitkan oleh Stock, Aitken and Waterman, dan menerima kritikan yang bercampur-campur. Lagu ini merupakan single keempat dan diterbitkan pada musim sejuk tahun 1998. Ia mendapat sambutan di United Kingdom. Lagu ini turut dikenali sebagai "I Still Love You (Je Ne Sais Pas Pourquoi)" di Australia dan Amerika Syarikat.