Jayma Mays
Jayma Mays | |
|---|---|
Mays di Anugerah Golden Globe ke-67 | |
| Kelahiran | Jamia Suzette Mays 16 Julai 1979 Bristol, Tennessee, A.S. |
| Pusat pendidikan | Universiti Radford |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
| Tahun aktif | 2004–kini |
| Pasangan | Adam Campbell (k. 2007) |
| Anak-anak | 1 |
Jamia Suzette "Jayma" Mays (lahir 16 Julai 1979) ialah seorang pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan watak Emma Pillsbury dalam siri drama muzikal Fox Glee, watak ulangannya sebgai Charlie Andrews dalam siri cereka sains NBC Heroes dan berlakon dalam filem Paul Blart: Mall Cop dan The Smurfs. Dari Oktober 2013 sehingga November 2014, beliau menjayakan watak Debbie dalam sitkom The Millers. Paling baru-baru ini, beliau memegang watak Carol Anne Keane dalam sitkom NBC Trial & Error, yang bersiaran sebanyak dua musim sebelum dibatalkan pada 2018.