Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil
Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil (Jawi: جاوتنکواس تيکنيکل اوندڠ٢ شرع دان سيۏيل) atau Jawatankuasa Teknikal merupakan sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia bagi menyeragamkan undang-undang syariah di Malaysia, dan mengharmonikan antara undang-undang sivil dan syariah di Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal terkini ialah Tan Sri Sheikh Ghazali Haji Abdul Rahman.