Java Platform, Standard Edition
Java Platform, Standard Edition (Java SE) ialah sebuah pelantar komputer untuk pembangunan dan pengerahan kod boleh alih untuk persekitaran komputer meja dan pelayan. Java SE dahulunya dikenali sebagai Java 2 Platform, Standard Edition (J2SE).
Pelantar ini menggunakan bahasa pengaturcaraan Java dan merupakan sebahagian daripada keluarga pelantar perisian Java.