Jasmine Suraya Chin

Jasmine Suraya Chin
Kelahiran
Jasmine Suraya Chin Xian Mei

(1989-11-10) 10 November 1989
PendidikanIjazah Pengajian Politik Antarabangsa dan Ekonomi
Pusat pendidikanUniversiti Monash, Melbourne
PekerjaanPengacara televisyen, pelakon, usahawan dan ahli perniagaan
Tahun aktif2012–kini
Laman web rasmiwww.jasminesurayachin.com (diarkibkan)

Jasmine Suraya Chin Xian Mei (Cina: 陈香郿; lahir 10 November 1989) merupakan seorang pengacara televisyen, model, pelawak dan pelakon wanita Malaysia berketurunan Cina yang berasal dari Kuching, Sarawak. Beliau terkenal dengan watak sebagai Lily dalam filem PASKAL (2018) yang dibintanginya bersama Hairul Azreen. Selain itu, beliau juga terkenal dengan peranan televisyen termasuk Hero Seorang Cinderella (2017), Alamatnya Cinta (2018) dan Adellea Sofea (2019).