Jaringan Islam Liberal

Jaringan Islam Liberal (JIL) merupakan sebuah pertubuhan liberal Indonesia yang membawa aliran fahaman baru yang cuba menafsirkan Islam berdasarkan semangat etika-agama kerana mendakwa penafsiran yang literal (harfiah) hanya akan melumpuhkan Islam.

Bagaimanapun penafsiran yang digunakan tidak menurut pengkajian itjmak para ulama, tetapi menurut penafsiran moden berdasarkan pembacaan mereka sendiri.