Jane dari England

Lady Jane Grey
Streatham Portrait, ditemui pada awal kurun ke-21 dan dipercayai satu salinan daripada potret pada zaman Lady Jane Grey.
Ratu England (dipertikai) (lagi...)
Pemerintahan10 Julai 1553 – 19 Julai 1553 (9 hari)
Didahului olehEdward VI
Diikuti olehMary I
PemakamanSt Peter ad Vincula, London
PasanganLord Guilford Dudley
AyahandaHenry Grey, Duke Suffolk Pertama
BondaLady Frances Brandon
Tandatangan
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "date of birth"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "date of death"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "place of death"

Lady Jane Grey (1536/1537 – 12 Februari 1554) adalah Ratu memerintah bagi England dan Ireland selepas kematian King Edward VI bermula pada 6/10 Julai sehingga 19 Julai 1553. Tuntutan beliau ke atas takhta berdasarkan wasiat dari Edward VI, "Alat Pewarisan" beliau, dan daripada keturunan Lady Jane adalah dari Mary Tudor, Permaisuri Perancis, yang menjadikan beliau cucu saudara perempuan kepada Henry VIII. Lady Jane tinggal di Menara London semasa pemerintahan singkat beliau, dan tidak pernah meninggalkan premis ini. Hukuman terhadap beliau pada Februari 1554 di sebabkan penglibatan bapa beliau dalam Pemberontakan Wyatt menentang pemerintahan Permaisuri Mary.

Pemerintahan Lady Jane Grey kurang daripada dua minggu dan merupakan pemerintahan tersingkat dalam sejarah England. Para sejarawan mempertimbangkan keberajaan beliau bermula sama ada pada hari beliau diistiharkan sebagai ratu, iaitu pada 10 Julai, atau pada hari kematian pendahulu beliau, 6 Julai, sebagai permulaan. Oleh itu, beliau dikenali sebagai "Ratu Sembilan Hari" atau gelaran yang kurang digunakan, Ratu "Tiga Belas Hari". Beliau kadang kala diakui sebagai Ratu Memerintah pertama di England.

Lady Jane memiliki pendidikan kemanusiaan cemerlang dan reputasi sebagai salah seorang wanita terpelajar pada zaman beliau. Seorang penganut Protestan yang komited, selepas mati beliau bukan sahaja dianggap sebagai seorang mangsa politik tetapi juga seorang salibi.