Jane Eyre
Halaman tajuk edisi pertama | |
| Umum | |
|---|---|
| Pengarang | Charlotte Brontë |
| Negara | United Kingdom |
| Bahasa | Inggeris |
| Genre | Cereka gotik, kritikan sosial, bildungsroman |
| Penerbitan | |
| Penerbit | Smith, Elder, and Company |
Tarikh penerbitan | 16 Oktober 1847 |
Jenis media | Cetak |
| Terjemahan | Jane Eyre di Wikisumber |
Jane Eyre /ˈɛər/ (awalnya diterbitkan dengan tajuk Jane Eyre: An Autobiography) ialah novel karya penulis England, Charlotte Brontë. Novel ini diterbitkan pada 16 Oktober 1847 oleh Smith, Elder & Co. di London, England, dengan nama pena "Currer Bell." Edisi pertama Amerika diterbitkan setahun kemudian oleh Harper & Brothers di New York.
Bergenre bildungsroman, Jane Eyre mengisahkan tentang emosi dan pengalaman dari seorang watak eponim, termasuk peralihannya menuju zaman dewasa, dan cintanya pada seorang bangsawan dari bandar cereka Thornfield Hall bernama Mr. Rochester. Fokus novel ini ialah pengungkapan sensibiliti dan moral Jane, beserta semua peristiwa yang mewarnainya. Jane Eyre juga memuatkqn unsur-unsur seperti kritikan sosial, diskriminasi kelas, seksualiti, dan proto-feminisme.
Novel ini telah diadaptasi dalam sejumlah media popular, termasuk filem, televisyen, dan teater. Jane Eyre juga dikatakan menjadi pusat penafsiran dan penulisan bagi beberapa karya dalam sastera England dan Amerika Serikat, misalnya novel Wide Sargasso Sea.