Jamilah Ibrahim

Ustazah Datuk Hajah
Jamilah Ibrahim
DPMW (Wilayah Persekutuan)
Ahli Dewan Negara
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
19972003
Didahului olehKalthom Othman
Digantikan olehWan Ubaidah Wan Omar
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Dalam jawatan
19922001
Didahului olehUstazah Wan Asma' Abdul Kadir
Digantikan olehUstazah Fatimah Ibrahim
Maklumat peribadi
Lahir1947
Derga, Alor Setar, Kedah
Meninggal dunia23 Ogos 2025
(78 tahun)
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur
Parti politik Parti Amanah Negara (2015-kini)
Parti Islam Se-Malaysia (1983-2015)
PasanganAbdul Aziz Hassan
Pertalian
Kediaman Kelantan
PekerjaanAhli politik

Datuk Hajah Jamilah Ibrahim (1947-2025) lebih mesra dipanggil Mak Lah adalah ahli politik wanita Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Negara lantikan Kerajaan Negeri Kelantan selama 2 penggal dari tahun 1997 hingga 2003. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional.


Semasa terlibat dengan PAS, Mak Lah pernah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) pada 1992 hingga 2001.