Jamie Bell
Jamie Bell | |
|---|---|
Bell di Berlinale 2019 | |
| Kelahiran | Andrew James Matfin Bell 14 Mac 1986 Billingham, England |
| Warganegara | British |
| Pekerjaan | Pelakon, penari |
| Tahun aktif | 2000–kini |
| Pasangan | Evan Rachel Wood (k. 2012; c. 2014) Kate Mara (k. 2017) |
| Anak-anak | 1 |
Andrew James Matfin Bell (lahir 14 Mac 1986) ialah seorang pelakon dan penari Inggeris. Beliau menjadi terkenal dengan peranan sulungnya dalam filem Billy Elliot (2000), yang melayakkannya memenangi Anugerah BAFTA untuk Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Utama. Bell juga dikenali dengan peranannya dalam filem-filem King Kong (2005), Jumper (2008), The Adventures of Tintin (2011), Snowpiercer (2013), dan Fantastic Four (2015), serta membintangi siri televisyen Turn: Washington's Spies (2014–2017) sebagai Abraham Woodhull.