James Reid

James Reid
Kelahiran
Robert James Marquinez Reid

(1993-05-11) 11 Mei 1993
WarganegaraFilipina-Australia
Pekerjaan
Tahun aktif2010–kini
MajikanABS-CBN
EjenStar Magic (2010–2012)
Viva Artists Agency (2012–kini)
Rakan kongsi domestikNadine Lustre
(2016–2020)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzik
DiskografiLihat: James Reid discography (en)
Syarikat rakamanStar Records (2010–2012)
Viva Records (2012–kini)
Kegiatan berkaitanNadine Lustre, Bret Jackson

Robert James Marquinez Reid (lahir 11 Mei 1993) ialah seorang pelakon, penyanyi-penulis lagu, penari, model, penerbit rakaman dan eksekutif label rakaman Filipina. Beliau memulakan kerjaya lakonan profesional pada 2010an selepas dinamakan sebagai pemenang Pinoy Big Brother: Teen Clash 2010. Beliau mencapai kemasyhuran menerusi peranan utamanya dalam filem Diary ng Panget (2014). Raid sejak itu telah berlakon dalam beberapa filem Filipina, seperti Talk Back and You're Dead (2014), Para sa Hopeless Romantic (2015), This Time (2016) dan Never Not Love You (2018). Beliau juga berlakon dalam beberapa siri TV Filipina termasuk Good Vibes (2011), On the Wings of Love (2015–16), dan Till I Met You (2016–17).

Reid telah menerbitkan tiga album studio: James Reid (2013), Reid Alert (2015), dan Palm Dreams (2017) sebagai album pertama terbitan sendiri di bawah syarikat rakaman sendiri.