James II dari England

James II & VII
Raja bagi England, Scotland dan Ireland (lagi...)
Pemerintahan6 Februari 1685 – 11 Disember 1688 (3 tahun, 309 hari)
Kemahkotaan23 April 1685 (England)
Didahului olehCharles II
Diikuti olehWilliam III & II and Mary II
PemakamanSaint-Germain-en-Laye
PasanganAnne Hyde
m. 1660; dec. 1671
Mary dari Modena
m. 1673; wid. 1701
Anakanda
antara lain
Mary II
Anne dari Great Britain
James FitzJames, Duke Berwick Pertama
James, Putera Wales
Louisa Maria Teresa Stuart
KerabatKerabat Stuart
AyahandaCharles I dari England
BondaHenrietta Maria dari Perancis
Tandatangan
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "styles"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "date of death"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "place of death"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "place of birth"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "date of birth"

James II & VII (14 Oktober 1633 – 16 September 1701) ialah Raja bagi England dan Raja bagi Ireland sebagai James II dan Raja bagi Scotland sebagai James VII, bermula pada 6 Februari 1685. Beliau merupakan raja Katolik terakhir yang memerintah kerajaan England, Scotland, dan Ireland. Terdapat ramai ahli politik dan pemimpin agama Britain yang menentang beliau kerana sikapnya yang terlalu memihak kepada Perancis, Katolik, dan memiliki kuasa mutlak raja yang banyak. Apabila beliau memiliki seorang pewaris Katolik, tegangan memuncak dan para pemimpin meminta William III dari Orange (menantu dan anak saudara beliau) membawa dan mendaratkan tentera dari Belanda. James melarikan diri dari England (dan maka dilucutkan takhta) dalam Revolusi Gemilang pada tahun 1688. Beliau kemudian digantikan oleh William dari Orange yang mana menjadi raja sebagai William III, memerintah bersama dengan isteri beliau (anak perempuan James) Mary II. Oleh itu William dan Mary, yang mana kedua-duanya adalah Protestant, menjadi pemerintah bersama pada tahun 1689. James melakukan satu cubaan serius bagi mendapatkan semula takhta beliau, apabila beliau mendarat di Ireland pada tahun 1689 tetapi, selepas kekalahan tentera Jacobite oleh tentera Williamite di Pertempuran Boyne pada musim panas tahun 1690, James kembali semula ke Perancis. Beliau menghabiskan hidupnya sebagai seorang pelaku di sebuah istana yang diberikan oleh sepupu dan sekutu beliau, Raja Louis XIV.