Jambia

Jembiah (Arab: جَنبِيَّة‎ janbīyah) adalah pisau belati khas dari Yaman bermata dua yang pendek melengkung dan dipasangkan pada pinggang. Sarung dan hulunya ditukang dengan kayu sepenuhnya mahupun seganding dengan tanduk serta dihiasi salutan perak atau emas dengan ukiran bunga dan awan larat, bilah dua-dua matanya bertulang di belakangnya.

Ukuran matanya antara 20 hingga 30 sentimeter dengan cara menggunakannya mencekok dan melebar mengikut alunan bentuk kedua-dua matanya. Lelaki berusia melebihi 14 tahun mengenakannya sebagai hiasan kepada pakaian mereka. Senjata ini diterima masuk dalam budaya Melayu sebagai hiasan peribadi.