Jambatan Guillemard
| Jambatan Kereta Api Guillemard | |
|---|---|
| Lokasi | Kusial Bharu (Jajahan Tanah Merah) dan Paloh Rawa (Jajahan Machang) |
| Dibina pada | Antara April 1920 hingga Julai 1924, dibuka dan dirasmikan pada 19 Julai 1924 |
| Arkitek | Bahagian Pembinaan Federated Malay States Railways (FMSR) |
| Pemilik | Perbadanan Aset Keretapi / Railway Assets Corporation (RAC) |
| Fungsi | Jambatan Kereta Api |
| Status | Sedang dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) |
| Diuruskan oleh | Perbadanan Aset Keretapi / Railway Assets Corporation (RAC) |
Jambatan Kereta Api Guillemard merupakan sebuah jambatan kereta api yang berstruktur besi (steel truss) dan bertiang batu bata berlepa simen. Jambatan ini merentasi Sungai Kelantan antara Paloh Rawa, di Jajahan Machang dan Kusial Bharu, di Jajahan Tanah Merah, Kelantan.
Jambatan Guillemard mula dibina pada April 1920, dan pembinaan diselesaikan dalam bulan Julai 1924. Ia dirasmi dan dibuka pada 19 Julai 1924 dan operasi pertama perkhidmatan kereta api awam menerusinya bermula pada 21 Julai 1924.
Jambatan Guillemard adalah merupakan jambatan kereta api steel truss yang terbesar, tertua dan terpanjang masih dioperasikan di Malaysia.