Jamalul Kiram III
| Jamalul Kiram III | |
|---|---|
| Penuntut | |
| Lahir | 16 Julai 1938 Maimbung, Sulu, Komanwel Filipina |
| Meninggal | 20 Oktober 2013 (umur 75) Quezon City, Philippines |
| Nama DiRaja dituntut | Sultan Jamalul Kiram III of Sulu |
| Gelaran | Sultan Sulu |
| Takhta dituntut | Kesultanan Sulu |
| Tuntutan dari | 15 Jun 1986 – 20 Oktober 2013 |
| DiRaja Dihapuskan | 1915 |
| Pemerintah terakhir | Jamalul Kiram II |
| Hubungan dengan | Ayah |
| Rumah Di Raja | Rumah Diraja Kesultanan Sulu |
| Bapa | Datu Punjungan Kiram |
| Ibu | Sharif Usna Dalus Strattan |
| Anak | Jacel Kiram |
| Sebelum | Aguimuddin Abirin dan Mohammad Akijal Atti |
| Pengganti | Ismael Kiram II |
Jamalul D. Kiram III (lahir pada 16 Julai 1938 di Maimbung, Sulu; memerintah 1974 - 1981, 2012 - 2013; meninggal 20 Oktober 2013 di Bandar Quezon, Filipina) adalah salah seorang penuntut takhta Kesultanan Sulu di Sulu, selatan Filipina ketika era Marcos. Dia juga merupakan seorang calon bagi senator dalam Pilihan Raya Filipina 2007. Dengan persaraannya, hak pewarisan kesultanan telah dipertikaikan di kalangan waris seperti Mohammad Akijal Atti. Pertikaian mengenai hak pewarisan berakhir pada November 11, 2012 apabila semua pihak yang menuntut dari keluarga Kiram bertemu bersama-sama di Sulu, menamatkan persengketaan panjang sedekad mereka. Selepas mesyuarat keluarga, Jamalul Kiram III sekali lagi menjadi de facto sultan bersama Ismael Kiram II. Beliau juga mengisytiharkan Rajah Mudah Agbimuddin Kiram sebagai "putera mahkota".
Pada Februari 2013, sekumpulan pengikutnya yang diketuai adiknya Agbimuddin Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah, Malaysia.