Jamaludin Alias
Jamaludin Alias | |
|---|---|
| Kelahiran | 16 Februari 1937 |
| Meninggal dunia | 22 April 2022 (umur 85) Kuala Lumpur, Malaysia |
| Pekerjaan | Pengulas sukan, penyanyi |
| Tahun aktif | 1960–2022 |
| Terkenal kerana |
|
| Pasangan | Umi Kalsom Othman (sehingga kematiannya) |
| Anak-anak | 3 |
Jamaludin Alias (16 Februari 1937 – 22 April 2022) merupakan seorang pengulas sukan dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan juga terkenal sebagai penyanyi lagu patriotik "Perajurit Tanah Air (Inilah Barisan Kita)".