Jamali Shadat


Jamali Shadat

DIMP (Phg)
Kelahiran
Jamali bin Shadat

(1941-09-18)18 September 1941
Meninggal dunia3 Februari 2021(2021-02-03) (umur 79)
Sebab kematianSerangan angin ahmar
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Sungai Pinang, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Klang, Selangor
Nama lainAtan
PekerjaanPelawak, pelakon
Tahun aktif1970–2020
PasanganDatin Lela Yacob (meninggal dunia 2018)
Anak-anak8

Yang Hormat Dato' Jamali Shadat atau nama penuhnya Jamali bin Shadat, (18 September 1941 – 3 Februari 2021) merupakan pelawak Malaysia yang terkenal dilihat dalam peranannya sebagai Atan dan Atok dalam pelbagai panggung. Beliau terkenal kerana kebolehannya meniru pelbagai dialek seperti Mandarin, Jawa dan Tamil dalam persembahan-persembahan pentas yang dijayakannya sejak tahun 1970-an sehingga kini.

Pak Jamali dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor dan beliau seorang Melayu berketurunan Jawa.