Jalan Chow Kit

Jalan Chow Kit
Jalan Chow Kit menghala ke barat
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Panjang0.30 km (0.19 mi)
Simpang utama
Hujung baratJalan Raja Laut dengan Jalan Putra di Chow Kit, Kuala Lumpur
Persimpangan utama
  • Lorong Tuanku Abdul Rahman Kiri 3
  • Lorong Tuanku Abdul Rahman Kiri 4
  • Lorong Chow Kit 1
Hujung timurJalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) di Chow Kit, Kuala Lumpur
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Chow Kit merupakan sebatang jalan raya utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Jalan Chow Kit menghubungkan Jalan Putra dengan Jalan Raja Laut di barat berdekatan dengan bangunan restoran KFC dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman di timur dekat stesen Monorel Chow Kit.

Jalan Chow Kit merupakan jalan raya timur–barat. Beberapa jalan raya membuat pertemuan dengan Jalan Chow Kit atau bercabang daripadanya. Dari barat ke timur, ia merangkumi Lorong Tuanku Abdul Rahman Kiri 3, Lorong Tuanku Abdul Rahman Kiri 4 dan Lorong Chow Kit 1.