Jajahan Transvaal

Jajahan Transvaal (Templat:IPA-af) merujuk kepada kawasan Transvaal yang diperintah langsung pihak British antara tempoh berakhirnya Perang Inggeris-Boer pada tahun 1902 ketika Republik Transvaal dimansuhkan sehingga penubuhan Kesatuan Afrika Selatan pada tahun 1910; sempadan fizikal jajahan ini diperhatikan lebih besar daripada lingkungan Republik tersebut. Keseluruhan kawasan jajahan ini dijadikan Wilayah Transvaal dalam Kesatuan Afrika Selatan pada tahun 1910.