Senarai jajahan di Kelantan
Jajahan ialah pembahagian kawasan yang terdapat di negeri Kelantan, Malaysia, ia diketuai oleh Ketua jajahan di Pejabat Tanah dan Jajahan. Istilah jajahan hanya digunakan di negeri Kelantan sahaja, manakala negeri lain menggunakan istilah daerah. Di Kelantan pula istilah daerah merujuk kepada mukim dan setiap mukim diketuai oleh Penggawa. Setiap daerah terdapat beberapa mukim yang di ketuai oleh penghulu.
Antara kawasan di Kelantan:
- Kota Bharu
- Tumpat
- Pasir Mas
- Pasir Puteh
- Bachok
- Machang
- Jeli
- Tanah Merah
- Kuala Krai
- Gua Musang
- Lojing