Jagadish Chandra Bose

Jagadish Chandra Bose
জগদীশ চন্দ্র বসু
Jagadish Chandra Bose di makmal Royal Institutionnya
Kelahiran(1858-11-30)30 November 1858
Mymensingh, Benggala Timur (sekarang di Bangladesh)
Meninggal dunia23 November 1937(1937-11-23) (umur 78)
Giridih, Kepresidenan Benggala, Raj British (kini India)
WarganegaraRaj British
Pusat pendidikanUniversiti Kolkata
Universiti Cambridge
Universiti London
Terkenal keranaGelombang elektromagnet
radio
kreskograf
Kerjaya saintifik
Bidangfizik, biofizik, biologi, botani, arkeologi, Kesusasteraan Benggali (cereka sains)
InstitusiUniversiti Kepresidenan Kolkata
Penasihat kedoktoranJohn Strutt (Lord Rayleigh)

Sir Jagadish Chandra Bose CSI, CIE, FRS (Benggali: জগদীশ চন্দ্র বসু, rumi: Jôgodish Chôndro Boshu; 30 November 1858 – 23 November 1937) adalah seorang pakar fizik, biologi, botani, arkeologi dan penulis asal Benggala, India. Beliau antara pelopor kajian sains eksperimental di India terutamanya melakukan penemuan dalam kajian optik gelombang mikro radio yang mempengaruhi perkembangan menerapkan ilmu ini dalam bidang komunikasi seperti yang dilakukan Guglielmo Marconi walaupun Jagadish tidak ada niat sedemikian. Beliau juga pelopor pengkaryaan cereka sains dalam Bahasa Benggali bahasa ibundanya.

Beliau pengasas Institut Bose iaitu pusat penyelidikan antarajurusan pertama di Asia pada tahun 1917 serta berkhidmat sebagai pengarah pertamanya sehingga meninggal dunia tahun 1937.