Jack Pickford

Jack Pickford
Kelahiran
John Charles Smith

(1896-08-18)18 Ogos 1896
Toronto, Ontario, Kanada
Meninggal duniaJanuari 3, 1933(1933-01-03) (umur 36)
Paris, Perancis
PekerjaanPelakon, pengarah, penerbit
Tahun aktif1909-1928
PasanganOlive Thomas
(k. 1916; m. 1920)

Marilyn Miller
(k. 1922; c. 1927)

Mary Mulhern
(k. 1930; kematiannya 1933)
Ibu bapaCharlotte Hennessy
John Charles Smith
SaudaraMary Pickford (kakak)
Lottie Pickford (kakak)

Jack Pickford (lahir John Charles Smith; 18 Ogos 1896 – 3 Januari 1933) merupakan pelakon, pengarah dan penerbit filem Amerika Syarikat kelahiran Kanada. Beliau merupakan adik kepada pelakon Mary dan Lottie Pickford.

Selepas bapa mereka meninggalkan keluarga, ketiga-tiga adik-beradik ini memulakan menceburi bidang lakonan pentas sebagai pelakon kanak-kanak. Mary Pickford kemudiannya menjadi pelakon filem senyap, penerbit dan perintis kelahiran Kanada di Hollywood, manakala Jack juga muncul dalam beberapa buah filem sebagai "budak lelaki Amerika yang digilai ramai". Pada penghujung 1920-an, kerjayanya menjunam apabila beliau kerap berpesta selain terlibat dengan pengambilan alkohol dan dadah. Pickord meninggal dunia pada tahun 1933 di usia 36 tahun.