Jabatan Keadilan Amerika Syarikat

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat
United States Department Of Justice
Cap Mohor
Bendera

Ibu pejabat Jabatan Keadilan Amerika Syarikat di
The Robert F Kennedy Building
Intisari jabatan
Dibentuk01 Julai 1870 (1870-07-01)
JenisJabatan
Bidang kuasa
Pemerintah persekutuan Amerika Syarikat
Ibu pejabatThe Robert F Kennedy Building
950 Pennsylvania Avenue, Northwest,
Washington, DC
38°53′36″N 77°1′30″W / 38.89333°N 77.02500°W / 38.89333; -77.02500
Kakitangan113,543 (2012)
Belanjawan tahunan$31 bilion (2015)
Eksekutif jabatan
Laman sesawang
https://justice.gov

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ( Bahasa Inggeris : United States Department Of Justice ; singkatan : DOJ ) ataupun Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ialah jabatan eksekutif pemerintah persekutuan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang dan pentadbiran keadilan di negar tersebut seumpama kementerian-kementerian keadilan atau dalam negeri yang wujud di negara-negara lain. Jabatan ini dibentuk pada tahun 1870 semasa pentadbiran Ulysses S. Grant.

Motto untuk Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ini dalam Bahasa Latin ialah "Qui Pro Domina Justitia Sequitur" ; dalam Bahasa Melayu, ia bermaksud "Sesiapa yang mendakwa bagi pihak keadilan".

Jabatan Kehakiman mengurus beberapa agensi penguatkuasaan undang-undang persekutuan termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), dan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA). Jabatan ini bertanggungjawab untuk menyiasat kejadian penipuan kewangan, yang mewakili kerajaan Amerika Syarikat dalam hal-hal perundangan (seperti dalam kes-kes sebelum Mahkamah Agung), dan menjalankan sistem penjara persekutuan. TJabatan ini juga bertanggungjawab untuk mengkaji semula perlakuan penguatkuasaan undang-undang tempatan seperti yang diarahkan oleh Akta Kawalan Jenayah dan Penguatkuasaan Undang-Undang 1994.

Jabatan ini diketuai oleh Peguam Negara Amerika Syarikat yang dicalonkan oleh Presiden dan disahkan oleh Senat dan merupakan anggota Kabinet. Peguam Negara semasa ialah Matthew Whitaker (Pemangku).