Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
| جابتن اڬام اسلام ولايه ڤرسكوتوان | |
| Intisari agensi kerajaan | |
|---|---|
| Dibentuk | 1 Februari 1974 |
| Jenis | Agensi kerajaan |
Bidang kuasa | Wilayah Persekutuan |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif agensi kerajaan |
|
Agensi induk | Kerajaan Malaysia |
Laman sesawang | www.jawi.gov.my |
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi: جابتن اڬام اسلام ولايه ڤرسكوتوان; singkatan: JAWI) adalah sebuah jabatan kerajaan yang berperanan sebagai agensi pelaksana kepada dasar-dasar yang ditetapkan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di peringkat persekutuan serta melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di peringkat negeri. JAWI kini diterajui oleh YBRS. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan selaku Pengarah JAWI.