Saab 37 Viggen

Saab 37 Viggen
Pesawat JA 37 milik Tentera Udara Sweden
Peranan Pesawat penyerang, pejuang, pengawasan
Pengeluar Saab
Penerbangan sulung 8 Februari 1967
Mula digunakan 21 Jun 1971
Dihentikan 25 November 2005
Status Dibersarakan
Pengguna utama Tentera Udara Sweden
Jumlah dibina 329

Saab 37 Viggen (Bahasa Melayu:Petir) merupakan pesawat pejuang dan penyerang satu tempat duduk, berenjin tunggal, jarak dekat dan sederhana yang dikeluarkan oleh Sweden di antara tahun 1970 hingga 1990. Beberapa versi telah dikeluarkan termasuk pesawat versi pemintas-pejuang, serangan darat dan pengawasan foto dua tempat duduk yang sesuai digunakan dalam semua keadaan cuaca.