Iwo Jima

Iwo Jima
Nama tempatan:
硫黄島
Lokasi Iwo Jima di Lautan Pasifik
Geography
LokasiLautan Pasifik (Laut Filipina)
Koordinat24°47′N 141°19′E / 24.783°N 141.317°E / 24.783; 141.317
KepulauanKepulauan Volcano
Titik tertinggiGunung Suribachi
Pentadbiran
SubwilayahSubwilayah Ogasawara
Demografik
PendudukTiada penduduk awam (hanya pegawai tentera)

Iwo Jima (bahasa Jepun: 硫黄島 Iōtō, atau Iōjima, bermaksud "pulau belerang") ialah pulau gunung berapi di Jepun, sebahagian dari Kepulauan Ogasawara. Pulau yang terletak ±650 mil laut (1200 km) selatan Tokyo (24,754° LU, 141,290° BT) ini terkenal sebagai tempat berlakunya pertempuran pada Februari dan Mac 1945 antara Jepun dan Amerika Syarikat sewaktu Perang Dunia II.

Dengan keluasan ±21 km², Iwo Jima secara umum memiliki permukaan yang mendatar. Gunung Suribachi (atau Suribachiyama) merupakan bentang alam yang paling dominan di pulau ini dengan ketinggian 166 m.