It (filem 2017)
| It | |
|---|---|
| Pengarah | Andy Muschietti |
| Lakon layar |
|
| Berdasarkan | It oleh Stephen King |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Chung-hoon Chung |
| Disunting oleh | Jason Ballantine |
| Muzik oleh | Benjamin Wallfisch |
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh | Warner Bros. Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 135 minit |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Inggeris |
| Bajet | USD 35 juta |
| Pecah panggung | $USD 179.2 juta |
It atau judul kemudiannya It: Chapter One merupakan filem seram Amerika Syarikat 2017 arahan Andy Muschietti, berdasarkan novel berjudul sama karya Stephen King melalui lakon layar nukilan Chase Palmer, Cary Fukunaga dan Gary Dauberman.
Filem ini mendapat tayangan perdana Los Angeles pada 5 September 2017 sebelum ditayangkan di panggung-panggung wayang serata Amerika Syarikat pada 8 September 2017. Ia berjaya mengutip USD179 juta secara keseluruhan, malah menerima pujian dari pengkritik filem yang mengulas dari segi aspek lakonan, pengarahan dan jalan cerita yang sejiwa atau seiring dengan novel asal sehingga dipersetujui ramai sebagai antara filem adaptasi novel Stephen King yang terbaik.
Sekuel filem ini yang diberi judul It – Chapter Two, diterbitkan tanggal 6 September 2019.