Istora Gelora Bung Karno

Istana Olahraga Gelora Bung Karno
Istora, Istora Senayan
Nama lamaIstana Olahraga Senayan (1969–2001)
LokasiGelora, Tanah Abang, Jakarta Pusat
Koordinat6°13′13.2″S 106°48′22.5″E / 6.220333°S 106.806250°E / -6.220333; 106.806250
Pecah tanah8 Februari 1960 (seluruh kompleks)
Dibuka21 Mei 1961
Diubahsuai2016–2018
Ditutup2016–2018
PemilikPemerintah Indonesia
PengendaliPusat Pengelolaan Kompleks Gelora Bung Karno (PPKGBK)
PermukaanKayu
Papan mataSeiko
Kos pembinaan$12,500,000 (1958, seluruh kompleks)
Rp132 bilion (2016–2018)
Kapasiti7,166
Sejarah kapasiti
  • 10,000 (1962–2008)
    9,500 (2008–2016)
    7,166 (2018–sekarang)
Dimensi padang50 kali 25 meter (55 kali 27 yd)
Penyewa
Terbuka Indonesia (badminton)

Istora Gelora Bung Karno (singkatan dari Istana Sukan Gelora Bung Karno, disebut pula Istora Senayan) adalah sebuah stadium sukan tertutup yang terletak di dalam kompleks Gelanggang Sukan Bung Karno di daerah Jakarta, Indonesia. Kapasiti asal Istora adalah 10,000, kemudian selepas diubah suai dan dibuka kembali pada tahun 2018, kapasitinya menjadi 7,166. Arena ini sering menjadi lokasi kejohanan badminton. Acara perdananya adalah Piala Thomas 1961.

Bangunan sukan ini digunakan sebagai kelengkapan prasarana dalam rangka Sukan Asia 1962. Istora dibuka sejak tanggal 21 Mei 1961 sebelum Piala Thomas 1961 yang diadakan di Jakarta. Istora diubah suai untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 2018 dan Sukan Para Asia 2018. Acara pertamanya selepas diubah suai ialah Indonesia Masters 2018. Semasa Sukan Asia 2018, Istora menjadi lokasi perlawanan badminton serta bola keranjang, sementara ketika Sukan Para Asia 2018, arena ini merupakan tuan rumah perlawanan badminton.