Layaran
| Layaran Julat zaman: Paleogen hingga kini
| |
|---|---|
| Layaran atlantik | |
| Layaran pasifik | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Actinopterygii |
| Order: | Istiophoriformes |
| Keluarga: | Istiophoridae |
| Genus: | Istiophorus Lacépède, 1801 |
| Spesies jenis | |
| Istiophorus platypterus (G. Shaw, 1792)
| |
| Spesies | |
| |
| Sinonim | |
| |
Layaran atau layar-layar ialah kelompok ikan lautan dalam genus Istiophorus, kepunyaan keluarga Istiophoridae (mersuji). Ikan-ikan ini boleh dikenali daripada rupa sirip belakang badan yang besar menyerupai layar. Ikan ini boleh dijumpai di kawasan laut berhawa sederhana kawasan tropika dan subtropika.
Ikan ini dianggap antara ikan paling laju berenang dalam lautan mencapai kelajuan setinggi 109.4 km sejam dengan julat buruan sekitar 36 kilometer sejam. Atas sebab ini ia sering menjadi tumpuan dalam sukan pancing dalam menguji kemahiran pemancing menangkap ikan ini yang lincah dan tinggi daya juangnya.