Istinggar

Istinggar (Jawi: ايستيڠڬر, ejaan lama استڠڬر‎) ialah sejenis senjata api berkancing sumbu yang dibangun dan ditukangkan pelbagai kelompok etnik dari kepulauan Nusantara. Senjata api ini muncul hasil dari pengaruh penakluk Portugis terhadap persenjataan lokal, setelah penaklukan kesultanan Melaka pada tahun 1511. Sebelum jenis senjata ini, di Nusantara sudah ada senjata api awal berlaras panjang yang disebut bedil, atau Arquebus Jawa sebagaimana disebut orang China. Sebilangan besar spesimen di semenanjung Melayu sebenarnya berasal dari Indonesia, dihasilkan di tanah Minangkabau di Sumatera Barat. Orang-orang di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu mengimport senjata api ini kerana digunakan dalam peperangan mereka secara meluas.