Istana Topkapı

Istana Topkapı
Topkapı (tr)
Istana Topkapı dilihat dari Selat Bosphorus
Maklumat umum
JenisIstanatarikan pelancongdalam pembinaanmuzium
Gaya seni binaUthmaniyyah, Baroque
LokasiIstanbul
NegaraTurki
Koordinat41°0′46.8″N 28°59′2.4″E 
Pembinaan bermulaPertengahan kurun ke-15
Pelanggan/klienSultan Uthmaniyah
PemilikTurki
PengendaliDirectorate of National Palaces (en)
Maklumat matra
Saiz592,600 - 700,000 m²
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekMehmed II, Alaüddin, Davud Ağa, Mimar Sinan,
Maklumat lain
https://www.millisaraylar.gov.tr/saraylar/topkapi-sarayi
sunting · sunting di Wikidata

Istana Topkapı (Turki Uthmaniyah: طوپقپو سرايى Topkapı Sarayı "Istana Pintu Meriam") adalah sebuah istana yang terletak di Istanbul, Turki, yang mana menjadi kediaman rasmi dan utama bagi sultan Uthmaniyah selama 400 tahun dari 624 tahun tempoh pemerintahan mereka, bermula pada tahun 1465 sehingga 1856.

Sebuah pintu gerbang besar menuju ke pekarangan luarnya (kini bernama باب همایونBâb-ı Hümâyûn) mula dikenali sebagai "Gerbang Tinggi" (Turki Uthmaniyah: باب عالی Bâb-ı Âlī) setelah Kustantiniyah dibuka Sultan al-Fatih menjadi ibukota kerajaan baginda; Gerbang ini kemudiannya menjadi lambang mewakilkan pusat kerajaan tersebut sepanjang ia berdiri setiap kali pihak sultan menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa luar besar.