Istana Negara Perak

Istana Negara ataupun sering dieja “Astana Nagara” ini dibina pada zaman pemerintahan Paduka Seri Sultan Perak ke-28, Paduka Seri Sultan Idris Murshidul Aazam Shah ibni Al-Marhum Kuddus Raja Bendahara Alang Iskandar. Setelah menaiki takhta kerajaan Negeri Perak pada 1887, baginda menitahkan supaya satu kawasan (Chandan) yang terletak di seberang Sayong untuk dibuka untuk membina pusat pemerintahan yang baharu kerana Sayong itu sering dinaiki air bah. Oleh itu, sebuah istana dengan binaan kayu telah dibina di Chandan.