Issyk-Kul
| Tasik Issyk-Kul | |
|---|---|
Issyk-Kul dari angkasa, September 1992 | |
| Koordinat | 42°25′N 77°15′E / 42.417°N 77.250°E |
| Jenis tasik | Endoreik Tasik gunung |
| Aliran masuk utama | Glasier |
| Aliran keluar utama | Penyejatan |
| Kawasan tadahan | 15,844 kilometer persegi (6,117 bt2) |
| Negara lembangan | Kyrgyzstan |
| Panjang maksimum | 178 kilometer (111 bt) |
| Lebar maksimum | 60.1 kilometer (37.3 bt) |
| Luas permukaan | 6,236 kilometer persegi (2,408 bt2) |
| Kedalaman purata | 278.4 meter (913 ka) |
| Kedalaman maksimum | 668 meter (2,192 ka) |
| Isi padu air | 1,738 cubic kilometre (417 bt3) |
| Masa mastautin | ~330 tahun |
| Kemasinan | 6g/L |
| Panjang pesisir1 | 669 kilometer (416 bt) |
| Ketinggian permukaan | 1,607 meter (5,272 ka) |
| Petempatan | Cholpon-Ata, Karakol |
Nama rasmi | Rizab Alam Negeri Issyk-Kul bersama Tasik Issyk-Kul |
| Ditetapkan | 12 November 2002 |
No. rujukan | 1231 |
| 1 Panjang pesisir bukanlah ukuran yang jelas. | |
Issyk-Kul (Kyrgyz: Ысык-Көл, Isıq-Köl, ىسىق-كۅل) merupakan sebuah tasik di utara pergunungan Tian Shan di timur Kyrgyzstan. Tasik ini merupakan tasik ketujuh paling dalam di dunia dan ke-10 terbesar daripada segi isi padu serta tasik masin kedua terbesar selepas Laut Kaspia. Issyk-Kul bererti "tasik suam" dalam bahasa Kyrgyz dan dinamakan sebegitu kerana sifatnya yang tidak pernah beku meskipun dikelilingi pergunungan bersalji.