Ismail Hutson
Dato' Ismail bin Haji Omar (1938 – 21 Julai 2012) atau lebih dikenali sebagai Ismail Hutson merupakan seorang pelakon filem Melayu di Malaysia.
Ismail Hutson | |
|---|---|
| Kelahiran | Ismail bin Haji Omar 1938 |
| Meninggal dunia | 21 Julai 2012 (umur 73–74) |
| Sebab kematian | Demam panas dan komplikasi jantung |
| Pekerjaan | Pelakon, Presiden Persatuan Zoologi Malaysia |
| Tahun aktif | 1978–2012 |
| Pasangan | Zaiton Osman Hafidzah Khasbullah |
| Anak-anak | 7 |
Beliau dilahirkan di Selangor pada tahun 1938. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia yang sering berusaha untuk memulihkan imej Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur.
Beliau dianugerahkan pingat DPMS, KMN, PJK dan JP daripada kerajaan.