Isabel, Puteri Empayar Brazil

Isabel
Puteri Empayar
Countess Eu
Puteri Isabel sekitar umur 41 tahun, c. 1887
Ketua Kerabat Empayar Brazil
Tempoh5 Disember 1891 – 14 November 1921
Didahului olehPedro II dari Brazil
Diikuti olehPutera Pedro Henrique
Keputeraan(1846-07-29)29 Julai 1846
Istana São Cristóvão, Rio de Janeiro, Empayar Brazil
Kemangkatan14 November 1921(1921-11-14) (umur 75)
Château d'Eu, Eu, Perancis
PemakamanCathedral of São Pedro de Alcântara, Petrópolis, Brazil
PasanganPutera Gaston, Count Eu
Anakanda
  • Puteri Luísa Vitória
  • Pedro de Alcântara, Putera Grão-Pará
  • Putera Luís
  • Putera Antônio
Nama penuh
Portugis: Isabel Cristina Leopoldina Augusta Micaela Gabriela Rafaela Gonzaga
KerabatBraganza
AyahandaPedro II dari Brazil
BondaTeresa Cristina dari Dua Sicily
AgamaRoman Katolik
Tandatangan
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "signature_a"

Dona Isabel (29 Julai 1846 – 14 November 1921), nama julukan "the Redemptress" (Penebus), merupakan heiress presumptive kepada takhta Empayar Brazil, memegang gelaran Puteri Empayar. Baginda juga berkhidmat sebagai pemangku Empayar pada tiga peristiwa.

Isabel diputerakan di Rio de Janeiro, puteri sulung Maharaja Pedro II dan Maharani Teresa Cristina, dan oleh itu ahli cabang Brazil Kerabat Braganza (bahasa Portugis: Bragança). Selepas kemangkatan dua kakandanya semasa kecil, baginda diiktiraf sebagai pewaris raja paduka ayahandanya. Baginda mengahwini seorang putera Perancis, Gaston, Count Eu, dalam satu perkahwinan yang diatur dan baginda berdua dikurniakan tiga orang putera.

Apabila paduka ayahandanya berangkat ke luar negeri, Isabel diangkat sebagai pemangku. Pada pemangkuan ketiga dan terakhir baginda, baginda giat berusaha supaya undang-undang itu diluluskan dan akhirnya menandatangani satu undang-undang bernama Lei Áurea atau Undang-undang Emas, memerdekakan kesemua hamba abdi di Brazil. Walaupun tindakan itu secara umum terkenal, terdapat penentangan kuat terhadap pewarisan baginda ke takhta. Jantinanya, pegangan kuatnya terhadap ajaran Katolik dan perkahwinannya dengan orang asing dipandang sebagai kecacatan menentangnya, dan pembebasan hamba abdi menimbulkan rasa tidak suka dalam kalangan pengurus ladang. Pada tahun 1889, kerabat baginda digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera dan baginda menghabiskan 30 tahun terakhir kehidupannya dibuang negeri ke Perancis.]]