Iroquois
Pergabungan Iroquois Haudenosaunee | |
|---|---|
Bendera | |
Kawasan rangkuman pengaruh bersejarah (ungu) dan terkini (merah jambu) | |
| Status | Konfederasi yang hilang pengiktirafan |
| Ibu negara | Onondaga, Negeri Onondaga (dipindahkan beberapa kali:
|
| Bahasa yang umum digunakan | bahasa-bahasa Iroquois |
| Kerajaan | Konfederasi |
| Badan perundangan | Majlis Agung Sadabangsa |
| Sejarah | |
• Didirikan | Dianggarkan antara 1450-1660 |
Iroquois ([i.ro.kwa], sebutan asal dicatatkan: [irokwe] atau [irokwɛ]) atau Haudenosaunee ([hou.dĕ.nou.syou.ni]) ialah persekutuan adat orang asli timur laut Amerika Utara terangkum di pesisiran Tasik-Tasik Besar antara pedalaman New York, Quebec dan Ontario dianggotai orang-orang Mohowak (Mohawk), Onayotea (Oneida), orang Onondaga, orang Gayogoh (Cayuga), Seneka dan Sekarurah; sebanyak 45,000 orang penduduk ahli di Kanada dan lebih 81,000 di Amerika Syarikat menurut bancian 2010.
Nama biasa untuk persekutuan ini, iaitu Iroquois, mempunyai asal-usul yang tidak seberapa diketahui. Persekutuan Iroquois dipercayai telah ditubuhkan oleh Deganawida pada tahun 1142.