Iron Man (komik)
| Iron Man (komik) | |
|---|---|
Kulit Iron Man Vol. 4, Isu #6. Seni oleh Adi Granov. | |
| Informasi Penerbit | |
| Penerbit | Marvel Comics |
| Kemunculan pertama | Tales of Suspense #39 (March 1963) |
| Informasi dalam cerita | |
| Anthony Edward "Tony" Stark | |
| Berkerjasama dengan | War Machine Rescue Ironheart Spider-Man Captain America |
Iron Man (Anthony Edward "Tony" Stark) ialah seorang adiwira buku komik cereka dalam alam Marvel Comics rekaan pencipta-penyunting Stan Lee, pengarang Larry Lieber, dan pelukis-pelukis Don Heck dan Jack Kirby. Dia julung kali muncul dalam siri komik Tales of Suspense #39 (Mac 1963). Selepas cedera parah akibat diculik dan dipaksa membina senjata pemusnah, Tony Stark sebaliknya mereka sebuah baju perisai yang berkuasa untuk menyelamatkan nyawanya serta membantu melindungi dunia dengan identiti dikenali sebagai Iron Man. Stark ialah seorang pengusaha dalam industri teknologi yang kaya-raya dan berfikiran genius telah mencipta baju perisai yang dilengkapi peralatan berteknologi tinggi yang banyak membantunya membanteras jenayah.
Sepanjang kerjayanya sebagai wira, Iron Man menjadi salah seorang ahli pasukan adiwira Avengers, serta juga ditampilkan dalam pelbagai jelmaan siri komik sendirinya. Iron Man pernah diadaptasikan ke dalam filem dan siri TV animasi, lebih-lebih lagi Robert Downey Jr. memegang watak wira ini dalam sebuah filem lakonan hidup pada tahun 2008. Forbes pernah menarafkan Iron Man di kalangan watak cereka yang paling kaya dalam ranking tahunannya. BusinessWeek turut meletakkan Iron Man sebagai antara sepuluh orang watak cereka paling pintar dalam komik Amerika.