Iroha
Iroha (伊呂波, いろは) adalah sajak berbahasa Jepun yang kemungkinan besar ditulis pada zaman Heian (794–1179M). Pada awalnya, biksu pengasas aliran Shingon iaitu Kukai diduga sebagai pengkarya puisi ini, tetapi penyelidikan lanjut menunjukkan bahawa penulisan karya ini lebih lewat menjauhi perkiraan zaman tersebut. Tulisan terkini yang menunjukkan keberadaannya bertahun 1079 M.
Sajak ini terkenal kerana karangannya yang terdiri penuh daripada semua aksara digunakan dalam menulis bahasa Jepun. Maka, sajak ini juga digunakan sebagai urutan menyusun tersebut sepertimana yang diperlakukan aksara Jawa dengan sajak "Hanacaraka"-nya.