Iqaluit
Iqaluit ialah ibu kota wilayah Nunavut di Kanada. Ia merupakan satu-satunya bandar rasmi Nunavut serta bandar paling utara di Kanada, di samping menjadi petempatan terbesar wilayah. Ia pernah dipanggil sebagai Frobisher Bay dari 1942 hingga 1987 sempena teluk di pinggir bandar, dengan nama peribumi Inuktitut dirasmikan semula pada 1987.