Internet benda

Internet benda (Inggeris: Internet of things; singkatan: IoT) ialah rangkaian alatan, kenderaan, perkakasan rumah dan barang fizikal lain yang diterapkan dengan komponen elektronik, perisian, sensor, penggerak dan ketersambungan yang membenarkan alatan sedemikian untuk berhubung, mengumpul serta bertukar data.

Ia melibatkan peluasan ketersambungan Internet melebihi alat-alat standard seperti komputer dan telefon pintar kepada alatan teknologi lama yang sebelum ini ada dianggap "kaku". Penerapan teknologi dalam perkakasan-perkakasan "kaku" ini turut membenarkan alatan-alat berkomunikasi sesama sendiri melalui Internet lalu boleh diperhatikan dan dikawal dari jauh.