Internet Archive

37°46′56″N 122°28′18″W / 37.782321°N 122.47161137°W / 37.782321; -122.47161137

Internet Archive
Maklumat umum
URLxx Sarchive.org
SingkatanIA
Jenis perniagaan501(c)(3) bukan keuntungan
JenisPustaka digital
Tersedia dalamInggeris
Ditubuhkan12 Mei 1996 (1996-05-12)
Pengurusan dan pentadbiran
Penciptaxx SBrewster Kahle
Pengasasxx SBrewster Kahle
Pengerusi/presidenBrewster Kahle
Anak syarikatInternet Archive Europe (en)
Kandungan dan sokongan
Temaxx SArkib Web dan digital preservation (en)
KeluaranCover Art Archive (en)
PerkhidmatanArchive-It, Open Library, Wayback Machine (sejak 2001), Netlabels, NASA Images, Prelinger Archives
Dilancarkan pada1996 (1996)
Status terkiniAktif
Perangkaan
Jumlah hasilxx S$17.5 juta (2016)
Pendapatan bersih4,086,576 (2021)
Jumlah aset7,320,849 (2022)
Bil. kakitangan200
Kedudukan Alexaxx S 270 (September 2018)
Lokasi
Ibu pejabatRichmond District
San Francisco, California, Amerika Syarikat
Anugerah
–  ProjectUil (en) (2024)
–  DPC Fellowship Award (en) (2016)
–  FSF Free Software Award for Projects of Social Benefit (en)  Dianugerahkan olehxx S Yayasan Perisian Bebas (23 Mac 2010)
Pautan luar berkaitan
Blog rasmixx S
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Internet Archive ("Arkib Internet") sebuah perpustakaan digital bukan untung berpangkalan di San Francisco dengan misi yang dinyatakan "akses universal kepada semua pengetahuan." Ia menyediakan akses awam percuma kepada koleksi bahan digital, termasuk laman web, aplikasi/permainan perisian, muzik, filem/video, imej bergerak, dan hampir tiga juta buku domain awam. Pada Oktober 2016, pengumpulannya mencapai 15 petabait. Di samping fungsinya sebagai arkib, badan pengurusnya juga sebuah organisasi aktivis memperjuangkan internet yang bebas dan terbuka.

Internet Archive membenarkan orang ramai memuat naik dan turun bahan digital ke pangkalan datanya, tetapi sebahagian besar datanya dikumpulkan secara automatik oleh perangkak webnya, yang berfungsi untuk mengekalkan sebanyak mungkin web awam. Arkib web Wayback Machine, mengandungi lebih daripada 308 bilion tangkapan layar web. Arkib juga menyelia salah satu projek pendigitalan buku terbesar di dunia.

Arkib ini diasaskan oleh Brewster Kahle pada Mei 1996 dengan status bukan untung 501(c)(3) menurut undang-undang Amerika Syarikat. Ia mempunyai belanjawan tahunan sebanyak $10 juta, yang diperolehi daripada pelbagai sumber: pendapatan dari perkhidmatan perangkak Web, pelbagai perkongsian, bantuan, derma, dan Yayasan Kahle-Austin.

Ibu pejabatnya berada di San Francisco, California. Kebanyakan kakitangannya bekerja di pusat pengimbasan buku. Arkib tersebut mempunyai pusat data di tiga bandar California: San Francisco, Redwood City, dan Richmond. Untuk mengelakkan kehilangan data dalam kes contohnya. bencana alam, Arkib cuba mencipta salinan (bahagian) koleksi di lokasi yang jauh, kini termasuk Bibliotheca Alexandrina di Mesir dan kemudahan di Amsterdam. Arkib itu adalah ahli Konsortium Pemeliharaan Internet Antarabangsa dan secara rasmi ditetapkan sebagai sebuah perpustakaan oleh negeri California pada tahun 2007.