Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu
| Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu سيستم معلومات تكسونومي برسڤادو | |
|---|---|
| Jenis | Pangkalan data taksonomi spesies biologi |
| Penubuhan | |
| Diasaskan | 1996 |
| Asal | Amerika Syarikat |
| Identiti | |
| Kawasan berkhidmat | Seluruh dunia |
| Laman sesawang | www |
| sunting | |
Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu (Inggeris: Integrated Taxonomic Information System; kependekannya: ITIS) merupakan perkongsian yang dibina bagi menyediakan maklumat taksonomi spesies biologi yang konsisten dan boleh dipercayai. Ditubuhkan pada tahun 1996, ITIS pada asalnya berfungsi sebagai sebuah kumpulan antara agensi dibawah kerajaan persekutuan Amerika Syarikat. Kini, agensi tersebut menjadi sebuah badan antarabangsa yang turut disertai oleh agensi-agensi kerajaan dari negara Kanada dan Mexico. Pangkalan data agensi ini diambil daripada pakar-pakar taksonomi. Fokus ITIS lebih tertumpu kepada spesies yang terdapat di benua Amerika Utara tetapi banyak kumpulan dari seluruh dunia dan ITIS menjalinkan kerjasama untuk meningkatkan liputan globalnya.