Institut Seni Indonesia Denpasar
Institut Seni Indonesia Denpasar
| Diasaskan | 28 Julai 2003 (perasmian) |
|---|---|
| Jenis | Kolej awam |
| Rektor | Prof. Dr. I Wayan Adnyana, S.Sn., M.Sn. |
| Lokasi | Denpasar |
| Laman web rasmi | http://www.isi-dps.ac.id |
Institut Seni Indonesia Denpasar ialah salah satu daripada tiga buah Institut Seni Indonesia, kolej-kolej awam yang mengkhususkan dalam bidang kesenian di Indonesia. Pengasasannya berdasarkan SK Presiden Republik Indonesia yang bertarikh 26 Mei 2003 dan dirasmikan oleh Prof. Drs. Abdul Malik Fadjar, M.A., Menteri Pendidikan Nasional ketika itu, pada 28 Julai 2003.
ISI Denpasar merupakan suatu gabungan antara dua buah institusi pendidikan seni di Bali, iaitu Sekolah Tinggi Seni Indonesia Denpasar serta Pusat Pengajian Seni Tampak dan Reka Bentuk Universiti Udayana.