Institut Seni Chicago

Art Institute of Chicago
Maklumat am
Ditubuhkan1879; di lokasinya sekarang sejak 1893
Maklumat pentadbiran
PengarahJames Cuno
Maklumat geografi
Lokasi
111 South Michigan Avenue
Chicago, AS
Maklumat pelawat
Bilangan pelawat
1,846,889 (2009)
Laman sesawang
sunting

Institut Seni Chicago (bahasa Inggeris: Art Institute of Chicago, AIC) ialah sebuah muzium seni halus luas yang terletak di Grant Park, Chicago, Illinois. Institut seni ini menempatkan salah sebuah koleksi seni Impresionis dan Pasca-Impresionis yang terpenting di dunia. Antara pegangan-pegangannya yang beraneka termasuk karya Pelukis Agung, seni Amerika Syarikat, seni perhiasan Eropah dan Amerika, seni Asia dan seni moden dan kontemporari tersohor. Ia terletak di 111 South Michigan Avenue di Chicago Landmark Historic Michigan Boulevard District. Muzium ini bergabung dengan Sekolah Institut Seni Chicago. Pada keluasan sejuta kaki persegi, institut ini adalah muzium seni kedua terbesar di Amerika Syarikat, mengekori Muzium Seni Metropolitan di New York.