Institut Perubatan Howard Hughes
| Kerangka | |
|---|---|
| Kependekan | HHMI |
| Jenis/bentuk sah | Yayasan, institut penyelidikan |
| Tujuan | Penyelidikan biologi, penyelidikan perubatan, pendidikan sains |
| Anggota bagi | ORCID (2023), Open Research Funders Group (2020), DataCite - International Data Citation Initiative e.V., Association of Independent Research Institutes |
| Tapak web | www |
| Sejarah | |
| Ditubuhkan | 1953 |
| Pengasas | Howard Hughes |
| Pengurusan | |
| Pengerusi | Erin K. O'Shea |
| Subsidiari | Health Research Alliance |
| Perangkaan | |
| Hasil/pendapatan | −2,303,036,000 Dolar Amerika Syarikat (2022) |
| Perbelanjaan | 853,573,000 Dolar Amerika Syarikat (2022) |
| Kakitangan/pekerja | 2,300 (2022) |
| Lokasi | |
| Ibu pejabat | Chevy Chase |
| Lokasi |
|
| Koordinat | 38°59′57″N 77°04′47″W / 38.999214°N 77.079673°W |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Institut Perubatan Howard Hughes (HHMI) ialah sebuah pertubuhan penyelidikan perubatan bukan untung Amerika Syarikat yang berpangkalan di Chevy Chase, Maryland. Pertubuhan ini diasaskan pada tahun 1953 oleh Howard Hughes, seorang tokoh perniagaan, pelabur, juruterbang, jurutera, pengarah filem, dan dermawan. HHMI merupakan salah satu pertubuhan pembiayaan swasta terbesar bagi penyelidikan biologi dan perubatan di Amerika Syarikat. Pertubuhan ini membelanjakan kira-kira $1 juta bagi setiap penyiasat HHMI setahun, dengan sejumlah pelaburan tahunan dalam penyelidikan bioperubatan kira-kira $825 juta.
Institut ini mempunyai endowmen sebanyak $22.6 bilion, menjadikannya pertubuhan kedermawanan kedua terkaya di Amerika Syarikat dan yayasan penyelidikan perubatan kedua terbaik di dunia. HHMI merupakan bekas pemilik bagi Hughes Aircraft Company, firma aeroangkasa Amerika yang telah dilupuskan kepada pelbagai firma dari semasa ke semasa.