Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
| IPG Kampus Gaya Institute of Teacher Education, Gaya Campus | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Kota Kinabalu, Sabah | |
| Maklumat | |
| Moto | Demi Ilmu Dan Dharma |
| Ditubuhkan | 4 Julai 1963 |
| Jumlah penuntut | Kursus persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Kursus Sijil Perguruan Khas |
| Pengarah | Dr. Gerturude Jock |
| Timbalan Pengarah | Dr. Norafidah Noradilin |
| Laman sesawang | [1] |
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya merupakan salah sebuah institusi perguruan di Sabah, Malaysia. Ia terletak di atas sebidang tanah berbukit seluas 19.4 hektar, berjarak kurang daripada 2 km dari pusat bandar raya Kota Kinabalu.
Kedudukan Institut Perguruan Gaya adalah strategik, iaitu terletak tidak jauh daripada kompleks beli belah Karamunsing, bandar Luyang, Hospital Queen Elizabeth dan Muzium Negeri.