Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa
Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (atau ISTAC) ialah sebuah institusi penyelidikan mandiri dan pascasiswazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terletak di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin di Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia. Ia didirikan oleh Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dengan tiga pilihan tumpuan: Pemikiran Islam, Sains Islam dan Peradaban Islam.
Didirikan pada 27 Februari 1987 dan dibuka secara rasmi pada 4 Oktober 1991 oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad, Berikutan krisis politik Malaysia pada akhir 1998 yang memberi kesan kepada pendidikan, ISTAC perlahan-lahan mengalami rombakan secara perlembagaan dan pengelolaan, setelah diambil alih oleh UIAM.
Sejak penamatan kontrak Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagai Pengarah pada 2002, ISTAC telah berkali-kali berganti dekan, berubah-ubah nama serta kurikulumnya. Malah, ia pernah ditutup secara rasmi. Menjelang akhir 2015 ISTAC telah ditutup dan diganti namanya menjadi Institut Penyelidikan Lanjutan Antarabangsa Ibnu Khaldun atau ISLAH.
Setelah dibuka kembali, pada 27 Oktober 2017 ISTAC diganti namanya menjadi Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu Nama ISTAC terus diguna pakai dengan visi dan misi yang berbeza dari asal.