Inspirasi (lagu)
| "Inspirasi" | |
|---|---|
| Lagu oleh Hafiz Suip dan Faizal Tahir | |
| Dilancarkan | 21 Julai 2015 (Digital) |
| Dirakamkan | Julai 2015 |
| Format | Penstriman muzik |
| Genre | Pop |
| Panjang | 3:21 |
| Syarikat | Era FM |
| Penulis | Faizal Tahir, Mike Chan |
| sunting · sunting di Wikidata | |
"Inspirasi" ialah sebuah lagu duet nyanyian Hafiz Suip dan Faizal Tahir, yang dikeluarkan pada 25 Ogos 2015. Lagu ini merupakan projek istimewa antara Era FM dan Raku, perkhidmatan penstriman muzik di bawah Astro. Ia dicipta khas sebagai satu penghormatan kepada Datuk Siti Nurhaliza atas pencapaian beliau di industri muzik Malaysia selama lebih daripada 20 tahun (1995-2015). Ditulis bersama oleh Faizal Tahir sendiri, lagu ini hanya boleh didengar di Era FM dan Raku.
Walaupun lagu yang berperanan sebagai satu penghormatan kepada Datuk Siti, beliau mempersembahkan lagu itu sendiri di Anugerah MeleTOP Era 2016 pada 28 Februari 2016.