Injil dalam Islam

Injil dalam Islam (Arab: إنجيل, rumi: ʾInjīl) ialah, mengikut Islam, nama Arab bagi buku yang diturunkan kepada Isa (Yesus). Perkataan Injil ini diterangkan dalam al-Quran sebagai salah satu daripada empat kitab suci Islam yang diturunkan oleh Allah, selainZabur (mungkin Mazmur), Taurat (atau Torah dalam agama lain), dan Al-Quran itu sendiri.

Perkataan Injil juga digunakan dalam al-Quran, Hadis dan dokumen awal Muslim untuk merujuk kepada kedua-dua buku dan wahyu yang diturunkan oleh Tuhan kepada Nabi Isa.